9.15.2011

Plaza Low Yat Crazy Sale 15-18 Sep 2011, Ipad 2 RM750!

Thursday, September 15, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Plaza Low Yat yang terkenal dengan pusat membeli-belah barangan digital terbesar di Malaysia menyambut ulangtahun mereka yang ke-11 tahun ini. Sempena dengan ulangtahun tersebut, Plaza Low Yat telah mengadakan Plaza Low Yat Crazy Sale 15 September sehingga 18 September ini.

Bermula pukul 1 petang ini, crazy sale tersebut akan bermula dan pelbagai barangan dijual dengan harga yang amat murah sekali. Gielr murah.

Salah satu barangan yang menarik perhatian adalah iPad 2 16GB dengan harga RM750!

Bagaimanapun, semua harga diskaun tersebut hanya untuk pembeli bertuah yang layak. Difahamkan, anda perlu membeli sekurang-kurangnya barangan bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit di kedai-kedai yang turut serta. Kemudian satu lucky draw akan dilakukan, jika anda bernasib baik anda akan berpeluang membeli barangan yang dinyatakan dalam kad lucky draw tersebut dengan harga diskaun.

Ini bermakna, anda tidak boleh mendapatkan iPad 2 16GB dengan harga RM750 jika anda tidak bertuah ataupun kad lucky draw anda menunjukkan barangan diskaun yang lain.

sumber : facebook Plaza Low Yat.

Selain dari itu, anda boleh dapatkan telefon Blackberry serendah RM399! Cekidout yaw!


p/s : Ramai yang cakap Galaxy Tab 10.1 mantap!


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik