9.09.2011

Pengguna Prabayar Telefon Mudah Alih Dikenakan Cukai 6% Mulai 15 Sep 2011

Friday, September 09, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pengguna talian mudah alih prabayar atau prepaid dah tak senang duduk apabila mendapat tahu caj cukai perkhidmatan 6% bakal berkuat kuasa 15 September ini. Ramai yang tidak berpuas hati.

Jika harga tambah nilai (topup) bernilai RM10, maka selepas dikenakan 6% cukai akan menjadi RM10.60. Itu belum termasuk lagi caj yang dikenakan sendiri oleh sesetengah pemilik kedai.


KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. - Kosmo



p/s : Dalam temubual hotfm dengan pihak penyedia perkhidmatan mudah alih pagi tadi, caj ini sebenarnya sudah lama dikenakan tapi ditanggung oleh provider. Sekarang sudah tiba masanya pelanggan pula menanggung caj tersebut.

Bloggers without Borders are back frm foreign lands! #nowyoucan retrace their journey & find out how it went!


1 comments:

jedi said...
Friday, 09 September, 2011

RM oh RM....

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik