9.29.2011

Lagi Kes Rampas Kereta Dengan Taktik Langgar Belakang

Thursday, September 29, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Taktik merampas kenderaan dengan modus operandi melanggar kereta mangsa dari belakang dengan sengaja semakin menjadi-jadi. Kes terbaru berlaku di Jalan Kuching malam tadi. Mangsa seorang perempuan bersama bayi lelakinya. Memandu kereta Honda Accord.



KUALA LUMPUR — Seorang wanita nyaris kehilangan bayi lelaki yang berumur 14 bulan dalam satu kejadian rompak dan culik di Jalan Kuching, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa, Tan Lin Chiang, 26, bersama bayinya, Ong Chen Hau, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Selayang ke Taman Wahyu dengan memandu kereta jenis Honda Accord.

Lin Chiang berkata, semasa dalam perjalanan, tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta berwarna merah yang dinaiki empat orang lelaki.

"Saya memberhentikan kereta di tepi jalan, tetapi saya meragui dan berasa takut kemudian masuk semula ke dalam kereta.

"Kemudian datang tiga orang lelaki menarik saya keluar dan mengambil kereta saya bersama anak saya yang berada di dalam kereta,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, malam tadi.

Lin Chiang berkata, dia kemudian berlari untuk mengejar keretanya tetapi gagal, namun kejadian tersebut disedari seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui kawasan itu lalu membantunya.

"Pemandu teksi itu menelefon suami saya dan memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa saya dan anak saya. Kemudian dia menghantar saya kepada suami saya di Jinjang,” katanya.

Lin Chiang berkata, kira-kira 45 minit kemudian, beliau berjaya menghubungi telefon bimbit miliknya yang dilarikan suspek dan ia membawa kepada penemuan anaknya di sebuah restoran di Jinjang.

"Telefon bimbit saya dijawab oleh orang awam dan memaklumkan mereka menemui seorang bayi lelaki di kaki lima di hadapan sebuah restoran di Jinjang.

"Saya dan suami bergegas ke restoran tersebut dan mengambil anak kami yang masih berada di dalam kerusi bayi. Suspek meninggalkan anak kami bersama telefon bimbit saya dan beg tangan di hadapan restoran itu,” katanya. — Bernama



Adakah sindiket ini target pemandu perempuan yang memandu kereta mewah? So, kepada pemandu perempuan yang berkereta mewah, sila berhati-hati dengan sindiket ini.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik