9.28.2011

Gambar Letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya

Wednesday, September 28, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita satu letupan berlaku di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Ya, Empire Shopping Gallery yang dibuka tahun lalu dan terkenal dengan gelongsor paling tinggi di dunia (World's Tallest Indoor Tube Slide).

Kejadian letupan tersebut berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi dan difahamkan berpunca dari kebocoran gas. Setakat ini 4 mangsa disahkan cedera.

Berikut gambar-gambar sekitar letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya yang dikongsi oleh orang ramai di twitter.



volkswagen golf GTI tu..







sumber : beliamuda.com & ondscene.my (thanks)

Menangi iPad 2 dengan hanya membaca buku!





SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.- The Malaysian Insider



SUBANG JAYA, 28 Sept — Letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi tadi dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan yang baru itu dan melibatkan saluran gas, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar.

Empat orang cedera dalam kejadian itu. Bangunan itu beroperasi tahun lalu.

“Kami belum dapat memastikan punca letupan tetapi kemusnahan adalah teruk, menjejaskan tempat letak kereta dan banyak kedai di bahagian bawah kompleks dan juga aras atas,” kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian.

“Pasukan forensik kami masih menyiasat. Kami tidak dapat masuk di beberapa bahagian pusat (membeli-belah)... kerosakan sangat teruk dan kawasan itu telah disita,” katanya lagi.

Rashid mengesahkan bahawa panggilan diterima sekitar pukul 3.45 pagi tadi bahawa terjadi satu letupan di kompleks itu.

Menurut beliau, empat orang cedera dalam letupan iaitu dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan satu pasangan.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu yang terperangkap di bahagian bawah tanah telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederan ringan. Mereka dikenal pasti sebagai K. Surendra Kris, 33, dan Chrring Dawak Sepa.

Daryl Chua, 27, dan teman wanitanya Hibbie Tan, 23, kedua-duanya eksekutif jualan juga telah dihantar ke hospital tetapi dibenarkan keluar hospital kemudian.

Ketika ditemui kemudian, Chua memberitahu pemberita bahawa dia sedang berjalan bersama teman wanitanya ke arah kios bayar fi letak kereta, yang terletak beberapa langkah dari kedai Starbucks kira-kira 3.30 pagi dan mendengar letupan.

“Sebelum itu kami berada di La Bodega untuk makan malam dan kemudian berlepak di luar kereta. Tiba-tiba kami mendengar letupan semasa hendak ke kios... macam dalam filem. Saya ingat (letupan) bom,” katanya lagi.

Chua berkata, ekoran letupan itu dia terjatuh dan tercampak beberapa meter dan mengakibatkan lecet di bahagian tangan.

Katanya, dia juga dengar bunyi kaca berkecai dan melihat runtuhan bangunan selain bunyi siren keselamatan premis, menyebabkan dirinya panik.

“Dan, kemudian saya nampak api. Keseluruhan bahagian depan kompleks rosak sama sekali. Saya ingat saya sudah mahu mati,” katanya lagi.

Apabila keadaan reda sedikit, Chua berkata, dia membantu Tan yang tergeliat untuk ke kawasan yang selamat dan memaklumkan mereka yang lalu lalang dan penduduk kawasan berhampiran berkejar ke lokasi kejadian.

Keretanya, Volkswagen Golf GTI berwarna hitam rosak teruk.- The Malaysian Insider









Wanna go on holiday with your buddies? Cekidout yaw!

2 comments:

QueeN TerataI said...
Wednesday, 28 September, 2011

xpnh g pun empire ni... padahal bukn jauh sgt pun.. hehehe

Anonymous said...
Wednesday, 28 September, 2011

nasib baik time letup tak ramai org lepak2 kat luar tue...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik