9.13.2011

Gambar Jersi Baru Queens Park Rangers (QPR) MAS AirAsia

Tuesday, September 13, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Inilah dia gambar jersi terbaru Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

Jersi QPR berbelang biru putih dengan logo Malaysia Airlines (MAS) ditaja oleh MAS dan digunakan untuk perlawanan di tempat sendiri (Home Jersey). Manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lawan dan jersi 'ketiga' pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

Untuk makluman, Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dengan 66 peratus kepentingan didalamnya.

Bagi mereka yang menonton perlawanan QPR vs Newcastle United malam tadi, tentu dapat meliwat jersi terbaru tersebut yang pertama kali dipakai ketika perlawanan BPL. Keputusan QPR dan Newcastle seri tanpa jaringan.

p/s : cantik pulak jersi QPR yang baru ni (maksud aku jersi yer,bukan model nyer) Lepas ni kalau ke Padang Besar, nak carilah jersi QPR ni.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik