9.22.2011

Doktor Implan 2 Tanduk Di Kepala Seorang Budak Untuk Buang Tanda Lahir

Thursday, September 22, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ini gambar George Ashman semasa masih bayi. Dia dilahirkan dengan tanda lahir (haemangioma birthmark) yang agak besar juga di bahagian dahi. Ibu bapanya risau dengan tanda lahir tersebut kerana bimbang jika George Ashman besar nanti, dia akan dibuli oleh kawan-kawanya kerana kecacatan tersebut.

Ibu bapanya telah berjumpa pakar untuk membuang tanda lahir tersebut.


Apa yang doktor pakar buat untuk membuang tanda lahir itu ialah dengan mengimplankan dua "tanduk" di bahagian dahi George Ashman. Masa itu George Ashman berumur 2 tahun. Tujuan implan dua "tanduk" tersebut adalah untuk mendapatkan lebihan kulit dari kawasan dahi tersebut.



Setelah 4 bulan, implan seperti tanduk itu dibuang dan lebihan kulit yang terjadi di bahagian tersebut ditarik untuk menutup bahagian tanda lahir tersebut. Kini (gambar terbaru di atas) tanda lahir di bahagian dahi George Ashman sudah tiada cuma ada sedikit kesan parut seperti Harry Potter.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik