9.06.2011

Aksi Ngeri Freddy Nock Berjalan Atas Kabel

Tuesday, September 06, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Seorang pelaku nekad mendaki gunung setinggi 3,000 meter dengan berjalan di atas wayar kereta kabel setebal dua sentimeter.

Freddy Nock mengambil masa 90 minit untuk melengkapkan perjalanannya di puncak gunung Zugspitze di Bavaria tanpa sebarang kelengkapan keselamatan.

Selepas menamatkan cabaran meniti kabel sejauh 914 meter itu, Nock, yang memulakan kariernya ketika berusia 11 tahun, berkata: “Saya tidak mahu melakukannya lagi kecuali dengan galah pengimbang. Ia sungguh memenatkan.”

Artis tali tegang kelahiran Switzerland itu kini merancang mengemukakan kejayaannya kepada Buku Rekod Dunia Guinness selaku ‘pejalan di atas kabel paling jauh dan tinggi di atas paras laut tanpa menggunakan galah pengimbang.’ Nock melakukan jalanan itu sebagai sebahagian daripada usaha memungut derma untuk Unicef.

Dia berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,600 meter itu, bermula dari stesen di puncak gunung di kawasan setinggi 3,302 meter ke stesen tengah yang berada pada ketinggian 2,700 meter dari paras laut. - mymetro

Lagi gambar aksi ngeri Freddy Nock dengan baca seterusnya.














0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik