8.02.2011

Video Ular Tiba-tiba Muncul di Cermin Depan Kereta SUV

Tuesday, August 02, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pernah tak anda bayangkan, anda memandu laju di lebuhraya atau dijalanraya, tiba-tiba muncul seekor ular di melekat di cermin depan kereta anda. Ular itu kemudian merayap-rayap di depan cermin tersebut. Tentu anda terkejut bukan dan mungkin terbabas atau kemalangan kerana terlampau terkejut.

Itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda beranak tiga. Ketika dia memandu pulang ke rumahnya setelah melawat ibubapanya, dia terkejut apabila tiba-tiba muncuk seekor ular di depan cermin kereta SUV milik suaminya. Ketika itu suaminya berada di sebelahnya, segera mengeluarkan telefon untuk merakam video.




Bagaimanapun, tiada kemalangan berlaku walaupun ibu muda itu terkejut. Dia memandu seperti biasa. Lebih kurang 3-5 minit ular itu merayap-rayap, kemudian ia terjatuh hilang entah kemana. Aksi ular tersebut berjaya dirakam oleh suami ibu muda tersebut dan memuatkan video tersebut di Youtube dan seterusnya menjadi video sensasi.

Suami ibu muda itu percaya, ular itu menyelinap masuk ke dalam enjin kereta SUV mereka ketika kereta tersebut diletakkan di kawasan berkayu pada malam itu. Dan apabila kawasan enjin panas, ular itu merayap keluar.

Saksikan video ular merayap depan cermin kereta ibu muda tersebut dengan baca seterusnya.








1 comments:

QueeN TerataI said...
Tuesday, 02 August, 2011

ular tu nak amik udara segar tue.. hehehehe

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik