8.09.2011

Van Mini Milo Kehabisan Stok, Ramai Mengamuk di Fanpage Milo

Tuesday, August 09, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Bagi pengumpul koleksi van mini milo tentu sedia maklum yang milo sekarang sedang memberikan van mini milo percuma dengan menebus bar kod produk milo mengikut kategori yang ditetapkan.

Ramai yang mengidam untuk memiliki koleksi van mini milo tersebut, tentu telah berusaha dan meluangkan masa untuk mengumpul bar kod bar kod produk milo tersebut.

Pada 5hb ogos 2011 lalu, pusat penebusan van mini milo mula dibuka di lokasi yang telah ditetapkan. Bagaimanapun telah berlaku beberapa masalah yang mana mengundang kemarahan orang ramai yang mahu menebus van mini milo seperti dijanjikan. Kemarahan orang ramai ini dapat dilihat di fanpage Milo.




Ramai yang tidak berpuas hati kerana stok van mini milo tidak mencukupi dan tidak mampu menampung permintaan orang ramai. Masing-masing meluahkan kemarahan mereka di fanpage tersebut sehingga memaksa Milo membatalkan semua pusat penebusan serta-merta di lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini. Maknanya, hanya satu tempat penebusan sahaja yang akan dibuka iaitu Pusat Penebusan Khas di Taman Mayang, Kelana Jaya. Mereka yang berada jauh dari tempat tersebut perlu menebus secara pos. Stok baru pula dijangka mengambil masa 16-20 minggu. Ini menambahkan lagi kemarahan mereka.




Cerita lanjut boleh lah baca di fanpage Milo.





Ini gambar yang aku rakam di Taman Mayang, Kelana Jaya pada jam 9.40 pagi 8hb ogos. Ketika ini orang ramai beratur sementara menunggu pusat penebusan van mini milo dibuka jam 10 pagi.


Ini pula status terkini pagi 9hb ogos 2011. Model van mini milo Y1 telah habis ditebus. Difahamkan, ramai yang kecewa sebab koleksi mereka tak cukup satu.



p/s : fuhh.. seb baik aku berjaya redeem kesemua 4 model van mini milo tersebut. Boleh baca pengalaman aku di sini.




1 comments:

mama comel said...
Saturday, 13 August, 2011

kitorang pun pening pale. nak tau? cuba singgah blog saya..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik