8.20.2011

Sekitar Pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 & Kisah Hantaran Kahwin

Saturday, August 20, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, hari ini adalah hari pelacaran Samsung Galayx Tab 10.1 di Malaysia.

Samsung melalui laman facebook Samsung U-nivez telah memuatnaik beberapa keping gambar foto sekitar pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 di e@Curve Mutiara Damansara.




Difahamkan, orang ramai mula beratur sejak tengah malam semalam. Bagaimanapun, pelancaran produk Samsung kali ini lebih teratur dan tidak menyusahkan pembeli untuk beratur lama apabila pihak penganjur menyediakan nombor dan kawasan menunggu.



Inilah dia 3 bakal pembeli terawal. Aku tak taulah diorang mula beratur dari pukul berapa ni.



Bakal pembeli dalam gambar di atas ni ada kisah menarik. Apa yang menariknya, cuba baca apa yang tergantung di leher brader tersebut.


Hehe... pasangan ini akan berkahwin september ini dan salah satu hantaran kahwinnya adalah Samsung Galaxy Tab 10.1. Dan dia berharap sangat dapat menjadi antara 20 pembeli bertuah yang dapat membeli dengan harga RM99. Kalau dapat beli, memang jimat banyak tu.

Adakah brader ni bertuah?


Pembeli bertuah (atau dia sebenarnya bukan pembeli sebab dapat percuma tanpa membeli) satu set Galaxy Tab 10.1 percuma siap dengan cover lagi.


Ini pula 25 pembeli Samsung Galaxy Tab 10.1 bertuah dengan harga RM99. Aku tak nampak pulak brader nak kahwin tadi tu dalam gambar di atas.

The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world! #samsungTabmy



sumber : soyacincau.com & facebook Samsung U-nivez





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik