8.20.2011

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Saturday, August 20, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Lebuhraya Pantai Timur (LPT) E8 adalah salah satu daripada jaringan lebuh raya yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada Lebuhraya Karak, dan bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu.

Pada 27 April 2010, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad mengumumkan kos LPT ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012.Panjangnya 183 km dan mempunyai 10 plaza tol.

Lebuhraya Pantai Timur adalah 350km(217 Batu)-panjang ,4-lorong (2 di setiap arah) bermula daripada tamatnya
(Fasa 1) Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak,Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor,Maran,Sri Jaya,Gambang,Kuantan,Jabor,
(Fasa 2)Chenih,Chukai,Kijal,Kerteh, Paka,Dungun,Bukit Besi,Ajil,Temelong dan tamat di Chendering,berdekatan dengan Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagi Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah siap sepenuhnya. Manakala Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 masih dalam pembinaan. Bagaimanapun, sempena sambutan aidilfitri tahun ini, bahagian-bahagian tertentu LPT Fasa 2 akan dibuka untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ketika perayaan.

Berikut merupakan pengumuman dari laman rasmi facebook Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

Assalamualaikum, untuk makluman semua, lebuhraya ini hanya boleh dilalui sepanjang 70km bermula dari persimpangan Bukit Besi hingga Pesimpangan Kuala Terengganu (kg. Gemuruh). Walaubagaimanapun, terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.

Kawasan Rehat, Hentian Sebelah, Stesen Minyak dan Plaza Tol adalah dalam fasa pembinaan. Oleh itu, tiada tol yang dikenakan buat masa ini. Pemasangan papan tanda destinasi telah dipasang sepanjang jajaran ini.

Harap maklum, sekian terima kasih.


Bagi mereka yang mahu maklumat lanjut berkenaan LPT Fasa 2, boleh lah merujuk laman facebook rasmi mereka atau laman portal rasmi mereka.

Facebook Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
Laman Portal Rasmi Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!





2 comments:

MeNtArI sEnJa said...
Wednesday, 21 September, 2011

mmm..salam tuan punyer blog.. nk mntak share ckt info psal lpt nh yer ;)

Mr PenyuBiru said...
Wednesday, 21 September, 2011

Salam mentari senja,

dialu-alukan utk share. thanks.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik