8.25.2011

Pelik! Seekor Kucing Berada di Atas Pokok Kaktus

Thursday, August 25, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Soalan pertama yang bermain difikiran tatkala melihat gambar di atas adalah macamana kucing tu boleh berada di atas pokok kaktus tu. Macamana kucing tu panjat pokok kaktus yang penuh dengan duri tu?

Menurut jurugambar Curt Fonger, kucing tersebut sebenarnya melarikan diri dari dikejar seekor singa gunung. Mungkin kerana terlalu takut, kucing tersebut berjaya memanjat pokok kaktus tersebut. Manakala singa tersebut hanya berpusing-pusing mengelilingi pokok kaktus tersebut sebelum berputus asa dan berlalu pergi.

Difahamkan, hampir 6 jam kucing tu berada di atas pokok kaktus tu sebelum dia berani turun dari pokok kaktus tersebut setelah yakin singa gunung tidak mengacamnya lagi.

Insiden tersebut berlaku di Gurun Sonoran Arizona.












2 comments:

Nisa said...
Thursday, 25 August, 2011

kalau takut ape pon boleh :P

Munna said...
Thursday, 25 August, 2011

hehe...tu la...kalau sy kena kejar ngan singa pun pnjt gk kot kaktus tu..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik