8.10.2011

Gambar Terkini Asyraf Haziq Rosli

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ini gambar Asyraf Haziq Rosli yang terlantar di Royal London Hospital. Kelihatan disebelah Asyraf adalah Datuk Mukhriz Mahathir yang kebetulan berada di London dan datang melawat. Difahamkan, gambar ini dirakam ketika Asyraf Haziq sedang menunggu untuk menjalani pembedahan merawat rahangnya yang patah.



“Mohd Asyraf berada dalam semangat yang sangat tinggi walaupun cedera dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan semula rahangnya. Dia kini sudah boleh bercakap semula.

“Bagaimanapun dia masih tidak dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kejadian itu kerana ia berlaku terlalu pantas," kata Datuk Mukhriz Mahathir.

Satu laman web khas untuk membantu Asyraf telah dihasilkan. Laman web yang dinamakan “Let’s Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) telah diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut. Laman web itu menyeru para pelawat agar melontarkan idea apa yang perlu mereka berikan kepada Mohd Ashraf sebagai tanda sokongan moral. Laman web itu dipercayai dihasilkan oleh warga British yang turut simpati atas nasib Asyraf dan malu atas tindakan tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh warganya sendiri.





Laman web tersebut boleh di akses di url http://somethingniceforashraf.tumblr.com/

Stesen televisyen Sky News telah melaporkan, pihak berkuasa telah mengenalpasti salah seorang penyerang Mohd Ashraf apabila imejnya dirakamkan oleh CCTV ketika kejadian itu.


Untuk makluman, Asyraf Haziq Rosli adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London yang mengalami kecederaan akibat diserang dan dirompak oleh perusuh-perusuh di London ketika beliau keluar untuk berjumpa rakannya untuk berbuka puasa. Akibat kecederaan tersebut, Asyraf sukar untuk bercakap dan mengunyah makanan. Berita lengkap di sini.

Sama-samalah kita doakan kesihatan Asyraf Haziq cepat sembuh dan pulih dari trauma.

sumber : Daily Mail


1 comments:

Cinta Misteri said...
Sunday, 14 August, 2011

allah sedang berbicara dengan mu wahai Haziq

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/08/tragedi-ramadhan-asyraf-haziq-rosli.html

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik