8.15.2011

Gambar Belon Panas Rempuh Rumah

Monday, August 15, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

BRISTOL, Britain - Sebuah belon panas merempuh deretan rumah selepas melanggar wayar telefon, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika belon panas yang mengambil bahagian dalam Pesta Belon Panas Antarabangsa Bristol itu tidak dapat terbang tinggi.

Keadaan itu berlaku kerana kru belon berkenaan telah menukar silinder gas belon tersebut.

Bakul belon panas yang membawa seorang bapa dan anaknya itu kemudian merempuh sebuah rumah dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Bapa itu yang merupakan jurupandu belon berpengalaman, Martin Read berjaya mendaratkan belon panas tersebut kira-kira 8.04 kilometer dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa penerbangan melakukan siasatan manakala kerosakan dijangka ditanggung oleh syarikat insurans. - Agensi (Kosmo)

Lagi gambar dengan baca seterusnya.





sumber : Daily Mail



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik