8.10.2011

Berhati-hati Membeli Juadah Berbuka di Pasar Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Apabila tiba bulan puasa, memang ramai yang mengambil peluang untuk berniaga di bulan puasa. Rata-rata memilih untuk menjual juadah berbuka dan tidak kurang juga mencuba meniaga pakaian hari raya.

Jika kita ke pasar ramadhan (atau lebih dikenali PARAM), memang bisa buat kita rambang mata dan kalau boleh semua juadah kita nak beli. Maklumlah perut tengah lapar masa tu, semua juadah nampak menyelerakan.

Tapi tahukah anda bahawa juadah berbuka puasa di PARAM boleh membuatkan nyawa anda melayang. Kenapa tak percaya?

Cuba baca keratan berita dari Berita Harian 10 ogos 2011,

Murid mati makan juadah berbuka


2011/08/10

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.



Jadi kepada mereka yang gemar membeli juadah di PARAM, diharap berhati-hati dalam memilih gerai makanan. Begitu juga peniaga-peniaga di PARAM, silalah berlaku jujur dengan tidak menjual makanan tercemar ataupun makanan yang tidak laku semalam dijual pula hari berikutnya. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata.


1 comments:

armouris said...
Sunday, 14 August, 2011

lagi info tentang taun di SIHAT SELALU - Taun Jangkitan Vibrio Cholera

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik