8.24.2011

Benji Ditangkap Curi Seluar Dalam Wanita

Wednesday, August 24, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Seekor kanggaru yang diberi nama Benji (gambar) mungkin mempunyai masalah seksual agaknya apabila ditangkap polis ketika mencuri seluar dalam wanita.

Kanggaru jantan ini sebenarnya bukan kanggaru liar tetapi dibela oleh pemiliknya, Petr Hlabovic dan mungkin terlepas dari jagaan.

Sebelum anda fikir kanggaru jantan ini belajar mencuri dari tuannya, tuannya terlebih dahulu menafikannya.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya."



ayat cover line nampak...



PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi (Kosmo)

2 comments:

Nisa said...
Wednesday, 24 August, 2011

HAHA. memalukan owner anjing ni. ahaha

alongxp said...
Wednesday, 24 August, 2011

nampak sangat laaa... hahaha... ntah2 die yang suruh menatang tu curikkan utk die...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik