8.26.2011

Bebola Agar-Agar Haram Dijual Mulai Hari Ini

Friday, August 26, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. - Berita Harian


p/s : Bebola agar-agar namanya. Aku ingatkan sejenis kuih raya. hehe.. Dulu memang selalu beli benda ni dan letak dalam pasu kaca tuk tanam pokok. Tapi takdelah plak anak aku nak ambik makan. Bagaimanapun, bagus jugak pengharaman ni, mencegah lebih baik dari mengubati kata orang.



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik