8.10.2011

6 Negeri Bagi Bonus Setengah Bulan Kepada Kakitangan Awam

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ini mungkin atau memang berita baik untuk penjawat awam atau kakitangan awam yang berada di 6 negeri berikut iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut laman Berita TV3, kerajaan negeri bagi keenam-enam negeri tersebut bersedia memberi setengah bulan bonus kepada penjawat awam di negeri masing-masing sempena Aidilfitri ini.

Ini bermakna, penjawat awam keenam-enam negeri tersebut mendapat bonus sebulan gaji iaitu setengah dari kerajaan pusat dan setengah lagi dari kerajaan negeri. Wah..raya sakan aa mereka tahun ni.hehe


Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka hari ini mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.

Di Terengganu, bonus itu akan dinikmati 20,000 kakitangan termasuk pekerja badan berkanun, membabitkan peruntukan keseluruhan RM10 juta.

Di pahang, bilangan penerima 12,570 orang.

6,000 penjawat awam di Kelantan dengan kos RM5 juta.

4,800 penjawat awam di Negeri Sembilan dengan kos RM4.8 juta manakala Perak dan Melaka, masing-masing memperuntukkan RM6.5 juta dan RM3.2 juta untuk tujuan yang sama. - Berita TV3





1 comments:

aznan said...
Thursday, 11 August, 2011

pembetulan...bonus tu utk kakitangan awam kerajaan negeri spt pejabat tanah,majlis daerah,jaik,guru2 sekolah agama dan bukan under kjaan persekutuan...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik