7.26.2011

Ubi kentang berbentuk seperti wajah Lord Voldemort (Watak Jahat Harry Potter)

Tuesday, July 26, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Bagi peminat siri filem Harry Potter tentu kenal dan cam siapa Lord Voldemort iaitu seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh Ralph Fiennes.

Ronie Todd seorang peminat filem Harry Potter terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort selepas membasuh ubi kentang tersebut.


Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort.

"Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd.

"Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort. Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya.




sumber berita : kosmo
sumebr gambar : Daily Mail

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik