7.29.2011

Pesta Jom Makan Durian di Restoran Jejantas Sungai Buloh (RM8 all you can eat)

Friday, July 29, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ”Pesta Jom Makan Durian” di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini. (28,29,30 Julai 2011)

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama

2 comments:

Lea IsNaw! said...
Friday, 29 July, 2011

wah bestnya
hrga pun ok la

Al said...
Friday, 29 July, 2011

loh..mcm da x smpt ni,besok je tinggal

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik