7.05.2011

Perkara Yang Ditakuti Apabila Naik Roller Coaster

Tuesday, July 05, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Inilah antara perkara paling ditakuti apabila naik roller-coaster, tersangkut dan tergantung. Tapi insiden ni kira ok lagi sebab masih boleh diselamatkan. Kalau tercampak keluar, sendiri mau ingat la. huhu



GLASGOW, Scotland - Sekumpulan penumpang terperangkap selama lapan jam tergantung setinggi 18.28 meter selepas roller-coaster yang mereka naiki rosak di taman tema Strathclyde Country Park dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seramai sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibawa turun oleh beberapa anggota jabatan bomba dengan menggunakan tali.

Kumpulan itu terperangkap sejak pukul 4.30 petang dengan penumpang pertama dibawa turun pada pukul 8.30 malam.

Beberapa penumpang terperangkap lebih lapan jam dengan mangsa paling akhir diselamatkan pada pukul 12.45 pagi tadi.

Namun, tiada seorang pun penumpang yang cedera dalam kejadian itu.

Pergerakan roller-coaster itu terhenti selepas pihak pengurusan mendapati ia mengalami masalah teknikal. - Agensi (Kosmo)



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik