7.20.2011

Kerja Naik Taraf Lorong Tol Plaza Penchala Mulai Jumaat

Wednesday, July 20, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR: Kerja menaik taraf lorong Plaza Tol Penchala di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dimulakan oleh Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Jumaat ini.

Kerja menaik taraf itu melibatkan lorong arah Bandar Utama ke Kepong (N21)dan lorong Kepong ke Bandar Utama (S03).

Menurut kenyataan Litrak pada Selasa, kerja di lorong Bandar Utama ke Kepong mengambil masa empat hari sehingga 26 Julai manakala lorong Kepong ke Bandar Utama selama 26 hari sehingga 16 Ogos ini.

Litrak akan menyediakan pengurusan trafik sementara dan papan tanda amaran untuk lokasi sepanjang kerja menaik taraf itu.

Pengguna lebuh raya dinasihat mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik untuk kelancaran trafik di plaza tol berkenaan.Talian bantuan LDP ialah 03-74947333.- BERNAMA




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik