7.23.2011

Kepada Ahli Nuffnang, Laman Nuffnang diHack, Database Akaun Pengguna Disebarkan

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Pagi ni dapat tahu laman web Nuffnang telah digodam (hack) oleh GaySec.

Satu database yang mempunyai rekod akaun pengguna nuffnang telah dilepaskan kepada umum melalui laman GaySec tersebut. Di dalam kandungan database itu mengandungi alamat emel akaun pengguna dan password yang ditelah dienkrip. Walaupun password tersebut telah dienkrip, tetapi GaySec telah memberi hint bagaimana untuk dekrip password tersebut. Jadi, peluang untuk orang lain tahu password anda amat cerah.

Apa yang perlu anda buat jika anda ada akaun Nuffnang, TUKAR PASSWORD anda secepat yang mungkin. Jika password yang anda gunakan pada akaun nuffnang, juga turut digunakan untuk akaun-akaun lain terutamanya online banking, sila tukar password online banking anda.

Bertindak segera sebelum parah.

Maklumat lanjut mengenai pengodaman laman Nuffnang tersebut boleh di baca di Amanz.my.

p/s : Aku dah download database tersebut, nasib baik rekod aku tiada dalam database tersebut. Fuhh..lega... (tapi aku dah tukar password tuk langkah-langkah keselamatan)



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik