7.23.2011

Kapal Persiaran Mewah History Supreme RM13 Bilion Milik Robert Kuok?

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Berita dari Daily Mail sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan misteri dari Malaysia telah membeli sebuah kapal persiaran paling mewah di dunia iaitu kapal History Supreme yang bernilai AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Kapal History Supreme dikatakan paling mewah kerana keseluruhan badan kapal tersebut dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu. Manakala bilik tidur utamanya pula dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Akibat pendedahan itu, ramai tertanya-tanya siapakah ahli perniagaan misteri dari Malaysia tersebut.


Semalam dalam laporan laman thejournal i.e di Ireland mendedahkan ahli perniagaan misteri tersebut adalah Robert Kuok yang lebih dikenali Raja Gula di Malaysia ini.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Untuk makluman, Robert Kuok menduduki tangga teratas dalam senarai Orang Paling Kaya di Malaysia setakat ini.









sumber gambar : Daily Mail
sumebr berita : Kosmo

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik