6.25.2011

Video Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

Saturday, June 25, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Hari ini di Dataran Shahbandar menjadi saksi terciptanya rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) iaitu keropok lekor terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 479.4 meter.

Pembuatan keropok lekor terpanjang dengan ketebalan 6.5 sentimeter itu menggunakan 1,200 kilogram campuran beberapa jenis ikan dengan kos RM4,000 dan 850 kilogram tepung sagu yang dikisar selama dua jam untuk menghasilkan adunan itu.

Kepanjangan keropok lekor yang dibuat hari ini memecah rekod MBOR sebelum ini yang dicatatkan pada 2006 iaitu sepanjang 300 meter.

Keropok lekor tersebut akan dijual kepada orang ramai dan hasil jualan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Acara menghasilkan keropok lekor terpanjang itu adalah sebahagian daripada Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Saksikan video pembuatan keropok lekor terpanjang di Malaysia di bawah







sumber video : tie ganu (thanks)

1 comments:

wida said...
Sunday, 26 June, 2011

rugi betul x dapat pergi tengok

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik