6.28.2011

Video Guru Disamun Depan Rumah Taman Melewar

Tuesday, June 28, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit. - Kosmo


Haih..makin menjadi-jadi dan makin berani penjenayah sekarang yer. Saksikan video detik-detik cemas dan mengerikan itu di bawah ini,





Jika anda perhatikan dalam video di atas, pada minit 1.04 ada sebuah kereta melintasi kawasan kejadian tersebut tetapi berlalu begitu sahaja. 4 perompak itu kelihatan ganas dan bersejata dan tiada apa yang kita boleh buat jika kita kebetulan berada di kawasan tersebut dalam keadaan tidak bersejata dan berseorangan. Lainlah kita ada pistol dan ramai geng.


sumber video : lepaklepakkedaikopi.blogspot.com (thanks)

Nak menang iPad2 ? jom sertai churpchurp race.


1 comments:

zaly said...
Wednesday, 29 June, 2011

Terimakasih sudi meletakkan link blog saya dalam post ini....
http://lepaklepakkedaikopi.blogspot.com/

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik