6.16.2011

Seorang Pemuda Dikecam Kerana Gantung Anak Anjing Di Ampaian

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


CALAMBA, Filipina - Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.

Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.

Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.

Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.

Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. - Agensi (Kosmo)







1 comments:

AI said...
Thursday, 16 June, 2011

- kesian nye kat anak anjing tu...walopon dia haiwan, dia juga punya hak utk hidup aman...

- hukum budak tu mcm tu jugak...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik