6.19.2011

Pelakon Zami Ismail (Pak Uda) Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Sunday, June 19, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pelawak veteran terkenal iaitu Zami Ismail,67 atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Uda (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) atau Pak Abu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Menurut menantu sulung Allahyarham, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak dua minggu lalu dan dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Salam takziah buat keluarga arwah dan moga Allahyarham Zami Ismail ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..


1 comments:

armouris said...
Sunday, 19 June, 2011

takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik