6.29.2011

Kerja Shift Pagi Risiko Kemalangan ?

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

SEPANG - Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.

Hasil statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lepas pula menunjukkan pekerjaan syif pagi menyumbang kepada 68.9 peratus kemalangan ke tempat kerja berbanding syif petang (14.6 peratus) dan syif malam (16.7 peratus).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peningkatan kemalangan ketika ke tempat kerja waktu pagi turut disumbangkan oleh kesesakan lalu lintas manakala ramai pekerja tidak merancang waktu perjalanan mereka.

"Pekerja keluar rumah sudah lambat, lepas itu kelam-kabut hendak sampai ke pejabat tepat pada masanya, bawa kereta laju untuk elak kad perakam waktu menjadi merah juga antara penyumbang kemalangan," jelasnya dalam sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik