6.13.2011

Kerajaan Dijangka bagi Rebat RM200 Beli Peti Sejuk & RM100 Beli Penyaman Udara

Monday, June 13, 2011 by MR Penyubiru ·


Rebat bagi pengguna barangan elektrik jimat tenaga
13/06/2011 9:13pm

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kerajaan dijangka memperkenal rebat bagi peti sejuk, alat penyaman udara dan penyejuk bagi pengguna-pengguna yang layak untuk meningkatkan kecekapan tenaga di negara ini.

Di bawah inisiatif ini, pengguna-pengguna yang layak akan diberikan rebat sebanyak RM200 bagi peti sejuk baharu dan RM100 bagi alat penyaman udara.

Kedua-duanya merupakan barangan kegunaan isi rumah, manakala penyejuk adalah bagi kegunaan komersial.

Pengumuman tentang rebat itu akan dibuat pada 7 Julai.

Ini dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee, pada Taklimat Kemas Kini Kemajuan ETP Enam di sini hari ini.

Inisiatif yang dibiayai kerajaan ini adalah sebahagian daripada SAVE atau program ’Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (Kelestarian yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima inisiatif.

Ini menyebabkan kerajaan menanggung kos sebanyak RM50.2 juta pada 2011. – Bernama

p/s : baru ingat nak beli aircond. kena tunggu 7 Julai ni baru boleh beli kut. hehe sengihnampakgigi


1 comments:

QueeN TerataI said...
Tuesday, 14 June, 2011

tula.. mmg ingt nk beli aircond.. kena tunggu bulan depan la cmnie.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik