

Namun sejak ia mula ditayangkan di TV3 pada setiap petang ahad, apabila habis episod 4, minggu depannya pasti akan diulang semula episod satu. Dan begitulah seterusnya diulang-ulang episod 1 hingga 4. Yang bestnya, walaupun siri BoBoiBoy diulang-ulang, tapi anak-anak aku masih layan jer seolah-olah macam tak tengok lagi. hehe..
Kenapa siri BoBoiBoy diulang-ulang episod yang sama?
Ini jawapannya
Kami di Animonsta meminta maaf kepada semua peminat dan penonton BoBoiBoy yang kecewa dengan episod ulangan. Ada kami maklumkan di facebook seminggu sebelum episod ulangan tetapi kesilapan pihak kami ialah kami tidak letak di blog dan maklumkan dengan lebih jelas.
Untuk makluman semua, episod baru BoBoiBoy akan bermula hanya pada Julai sebanyak 4 episod dan baki 5 episod akan bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim hanya ada 13 episod sahaja.
Bagi menjelaskan lagi tentang perlunya episod ulangan, berikut adalah 3 faktor yang perlu ambil kira: (Boleh baca sepenuhnya di blog rasmi BoBoiBoy)
hmmm... patutlah...
BoBoiBoy Terbaek !

1 comments:
Tuesday, 14 June, 2011
anak aku yg setahun jagung tu pun dah start minat boboiboy ni lps dia minat giler2 dgn upin ipin...
Post a Comment