6.13.2011

Kenapa Siri BoBoiBoy Asyik Diulang Episod Yang Sama ?

Monday, June 13, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Satu lagi siri animasi tempatan yang mendapat sambutan baik ialah siri animasi BoBoiBoy. Gaya dan intonasi setiap watak tak ubah seperti siri animasi Upin & Ipin. Cuma genre BoBoiboy lebih kepada aksi. Apa-apa pun anak aku suka dan aku pun suka layan siri BoBoiBoy ni. Terbaek! kenyit

Namun sejak ia mula ditayangkan di TV3 pada setiap petang ahad, apabila habis episod 4, minggu depannya pasti akan diulang semula episod satu. Dan begitulah seterusnya diulang-ulang episod 1 hingga 4. Yang bestnya, walaupun siri BoBoiBoy diulang-ulang, tapi anak-anak aku masih layan jer seolah-olah macam tak tengok lagi. hehe..

Kenapa siri BoBoiBoy diulang-ulang episod yang sama?

Ini jawapannya

Kami di Animonsta meminta maaf kepada semua peminat dan penonton BoBoiBoy yang kecewa dengan episod ulangan. Ada kami maklumkan di facebook seminggu sebelum episod ulangan tetapi kesilapan pihak kami ialah kami tidak letak di blog dan maklumkan dengan lebih jelas.

Untuk makluman semua, episod baru BoBoiBoy akan bermula hanya pada Julai sebanyak 4 episod dan baki 5 episod akan bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim hanya ada 13 episod sahaja.

Bagi menjelaskan lagi tentang perlunya episod ulangan, berikut adalah 3 faktor yang perlu ambil kira: (Boleh baca sepenuhnya di blog rasmi BoBoiBoy)

hmmm... patutlah...

BoBoiBoy Terbaek ! kenyit



1 comments:

QueeN TerataI said...
Tuesday, 14 June, 2011

anak aku yg setahun jagung tu pun dah start minat boboiboy ni lps dia minat giler2 dgn upin ipin...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik