6.16.2011

Isu Barbican - Ujian UKM Sahkan Bebas Alkohol

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam. (Kosmo)

p/s : Walaupun ujian dari UKM telah dikeluarkan tetapi keputusan dari JAKIM belum diputuskan samaada halal atau tidak.

3 comments:

AI said...
Thursday, 16 June, 2011

- barbican juga dijual di mekah, xkan le ade alkohol pulak kan...

sharmin said...
Friday, 08 July, 2011

http://www.iluvislam.com/english/islam/fatwa/648-so-called-halal-beer-and-argument.html

sharmin said...
Saturday, 09 July, 2011

Dalam kaedah ushul fiqh, ada beberapa kaedah tentang penetapan halal dan haram. Kaedah pertama, segala bentuk peribadatan adalah haram kecuali jika ada perintah dari Allah. Inilah La ilaaha illallah. Kalau beribadah atau menyembah selain Allah namanya kafir. Kalau beribadah kepada Allah tapi juga masih menyekutukanNya bererti syirik. Kalau ibadah dengan cara selain dari yang disuruh namanya bid’ah. Semuanya tertolak dan haram hukumnya.

Kaedah kedua, segala bentuk muamalah (salah satunya tentang makanan) adalah boleh/mubah/halal kecuali Allah menetapkannya haram. Jadi pada dasarnya segala jenis makanan itu halal kecuali yang disebutkan keharamannya. Bayangkan jika harus menyebutkan makanan halal satu persatu. Pasti ajaran Islam bakal penuh daftar menu makanan.

Rumusan, sesuatu makanan itu halal selagi tidak disahkan keharamannya dan bukanlah sebaliknya. Adalah tanggungjawab ulil amri untuk menyelesaikan isu ini segera. Bukti yang menunjukkan Barbican itu beralkohol patut dihebahkan kepada masyarakat supaya masyarakat tidak keliru. Ujian alkohol adalah ringkas sehingga boleh dilakukan di tepi jalan seperti mana mengesan pemandu mabuk.

Saya tidak cuba untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu itu kerana saya hanya hamba yang hina. Cuma berkongsi sedikit pengetahuan yang ada terutama yang berkaitan dengan hal agama. Ribuan maaf jika pengongsian ini tidak disenangi.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik