6.21.2011

Cas Handphone Guna Periuk Didih Air

Tuesday, June 21, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Entri sebelum ini, anda boleh caj handphone guna baju. Terdapat satu lagi gajet di mana anda boleh caj handphone guna periuk air yang mendidih. Wow! canggih manggih sekarang ni.

Tapi periuk untuk mendidih air itu bukan sebarang periuk. Bukan periuk yang ada di dapur anda tu. Periuk tersebut adalah periuk terma elektrik yang dikenali sebagai Hatsuden-Nabe menukar haba air mendidih kepada tenaga elektrik yang kemudian disalurkan ke peralatan seperti telefon pintar, pemain muzik dan sistem pengesan kedudukan global (GPS).

Periuk terma elektrik dicipta dan dikeluarkan oleh Syarikat TES NewEnergy yang beribu pejabat di Osaka, mula menjual periuk itu di Jepun pada harga AS$299 (RM907) bulan ini sebelum ia dipasarkan di negara-negara membangun tidak lama lagi.


Periuk berkenaan dilengkapi bahan seramik termaelektrik yang menghasilkan arus elektrik melalui perbezaan suhu 550 darjah Celsius di dasar periuk dan air mendidih di dalamnya pada suhu 100 darjah Celsius.

Syarikat berkenaan menyatakan, gajet itu mengambil masa tiga hingga lima jam untuk mengecas sebuah iPhone dan para pengguna boleh memasak makanannya pada sama yang sama.

"Saya mendapat idea mencipta periuk ini apabila melihat rakaman televisyen yang memaparkan mangsa-mangsa gempa bumi membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif TES NewEnergy, Kazuhiro Fujita.






Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik