6.11.2011

Basikal Elektrik Lipat Ala Pisau Swiss Army

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Wow! Menarik betul basikal lipat ini. Ia direkabentuk dengan meniru konsep pisau lipat Swiss Army.

Basikal lipat ini hanya seberat 18.5 kg, saiznya apabila dilipat setinggi 2ft 7 inci dan apabila lipatan dibuka menjadi 3ft 6 inci. Saiznya memang dicipta untuk menjimatkan ruang. Ianya boleh dilipat dengan satu tangan dan satu pergerakan. Lipatannya juga boleh dibuka dalam beberapa saat.

Basikal elektrik lipat ini dicipta oleh ayah dan anaknya iaitu Andre-Marcel, 71, and Eric Collombin, 42.

Walaupun basikal ini baru dalam peringkat prototaip tapi ia telah menerima lebih 1000 tempahan dari serata dunia melalui website miliknya dan dijual dengan harga £2,650. Mahal giler!











sumber : Daily Mail

ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.

Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.

Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.

Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. - Agensi

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik