5.03.2011

Video Lelaki Disambar Petir Dua Kali Ketika Berjoging

Tuesday, May 03, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Video CCTV di bawah ini berjaya merakam seorang lelaki yang sedang berjoging di taman dan secara tiba-tiba disambar petir dan terbaring. Kemudian lelaki itu bangun semula dan sebelum sempat beredar, lelalaki itu disambar petir lagi buat kali kedua. Walaubagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup dan berjaya beredar dari situ.







NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi (Kosmo)



3 comments:

donny said...
Tuesday, 03 May, 2011

Wow... lelaki kebal...

Munna said...
Tuesday, 03 May, 2011

pjg umur sungguh...

Khamiza-Khalisha said...
Tuesday, 03 May, 2011

memang panjang betul umur dia, dua kali kena sambar, smpi dia pun cam blurr..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik