Perhatian : Entri ini mengandungi gambar-gambar & video yang mungkin ngeri dan tidak selesa bagi sesetengah pembaca.


Bagi Dallas Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya, Scarlett adalah pencapaian yang paling bermakna setelah lebih dua tahun dia tidak merasainya.
"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.
Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.
Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.




0 comments:
Post a Comment