5.10.2011

Video Dallas Wiens - Lelaki Pertama Jalani Pemindahan Seluruh Muka

Tuesday, May 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Perhatian : Entri ini mengandungi gambar-gambar & video yang mungkin ngeri dan tidak selesa bagi sesetengah pembaca.


Ini gambar lama Dallas Wiens sebelum terlibat dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008 yang menyebabkan dia hilang keseluruhan muka akibat terbakar.


Ini pula gambar terbaru Dallas Wiens selepas menjalani pemindahan seluruh muka. Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu. Dia dapat menghidu kembali, walaubagaimapun matanya masih buta.

Bagi Dallas Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya, Scarlett adalah pencapaian yang paling bermakna setelah lebih dua tahun dia tidak merasainya.

"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.

Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.

Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.














0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik