5.04.2011

Gambar Lukisan Dari Seorang Budak Untuk Biayai Perubatannya Sendiri

Wednesday, May 04, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Budak lelaki ini bernama Aidan Reed. Aidan Reed baru berusia 5 tahun tapi telah didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 13 September 2010.

Seperti semua sedia maklum, kos rawatan penyakit leukemia ini memang tinggi, hinggakan ibubapa Aidan terpaksa mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan Aidan.

Biasanya kita lihat dalam laporan berita di Malaysia, biasanya mereka yang kesempitan kewangan untuk membiayai perubatan akan memohon derma dari orang ramai. Tapi berbeza dengan Aidan, penyakit leukimia nya itu tidak menghalang untuk Aidan mendapatkan wang. Hanya dengan melukis gambar-gambar raksasa dari atas katil hospital sewaktu menjalani rawatan, Aidan berjaya menjual lebih 3,000 lukisan dan berjaya mengumpul melebihi AS$30,000 (RM89,235). Duit itu berjaya mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.

Hebat bukan! Siapa kata pesakit tidak boleh buat duit. Hendak seribu daya.

Lagi gambar lukisan raksasa Aidan Reed..






Kini Aidan tidak perlu risau lagi dengan masalah kewangan.

sumber : Daily Mail

2 comments:

rohaizad said...
Wednesday, 04 May, 2011

dasatttttt !!!!
cayalah

Maryam said...
Wednesday, 04 May, 2011

pengajaran dia, kembangkan kreativiti anak sekalipun melipat origami. :)

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik