5.14.2011

Gambar Fotofit Wajah Suspek Kes Simbah Asid

Saturday, May 14, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Terkini (16 Mei 2011)

Pemuda serah diri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang wajahnya mirip lakaran gambar suspek kes simbah asid yang menyasarkan wanita dan pelajar sekolah, tampil ‘menyerah diri’ di balai polis di Petaling Jaya, kelmarin, selepas dinasihatkan ahli keluarganya.

Lelaki berusia 25 tahun itu ke balai polis selepas dinasihatkan abangnya selepas mendapati gambar lakaran suspek kes simbah asid disiarkan media, Jumaat lalu, hampir menyerupainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata selepas siasatan menyeluruh termasuk mengenalpasti latar belakangnya, polis membebaskannya kerana tiada bukti mengaitkannya dengan kes itu.

“Lelaki yang juga pemandu lori datang secara sukarela ke balai polis.
Bagaimanapun, dia tidak ditahan selepas tiada bukti yang mengaitkannya dengan kes berkenaan,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata lakaran suspek boleh menyamai beberapa orang, namun tahap kemiripan mungkin berbeza.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek sebenar atau kes terbaru diminta menyalurkan maklumat kepada polis melalui Rakan Cop di talian 03-2115999 atau SMS ke 32728. (Berita Harian 16 Mei 2011)


Entri sebelum ini,


Inilah gambar fotofit wajah suspek kes simbah asid yang dikeluarkan oleh PDRM. Kes simbah asid yang berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur ini menimbulkan kebimbangan orang ramai terutamanya wanita. Ini kerana suspek tidak mengira mangsa. Ikut suka hati dia jer nak simbah asid kepada mana-mana penjalan kaki terumatanya wanita.

Kejadian terbaru berlaku di Jalan Desa Pandan kira-kira 2 petang semalam. Suspek dipercayai menunggang motorsikal jenis Honda EX5 berwarna hitam bernombor plate palsu, dilihat memegang botol berlabel 100 Plus menggunakan tangan kiri.

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek tersebut boleh hubungi Rakan Cop di talian 03-21159999.

Sebarkan maklumat ini agar suspek psiko ini berjaya di tangkap.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik