5.26.2011

Ejen FBI Pandu Ferrari Yang Dirampas, Kemudian Terlibat Kemalangan

Thursday, May 26, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Malang bagi seorang ejen FBI apabila kereta Ferrari yang dipandunya terbabas dan mengalami kerosakan teruk. Menambahkan malang, kereta Ferrari tersebut bukan miliknya.

Kereta Ferrari tersebut sebelum itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya, tetapi berjaya ditemui semula oleh pihak FBI setelah melakukan siasatan. Semasa disimpan di dalam garaj FBI, ejen FBI Fred Kingston telah membawa keluar kereta Ferrari tersebut untuk dipandu. Tapi malang nasibnya apabila dia hilang kawalan dan seterusnya terbabas.

Pemilik Ferrari tersebut sedang berusaha untuk membawa kes tersebut ke mahkamah bagi menuntut ganti rugi yang sepatutnya.







sumber : Daily Mail


LEXINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) disaman syarikat Motor Insurance bagi menuntut kerugian sebanyak AS$750,000 (RM2.28 juta) kerana menyebabkan sebuah kereta Ferrari miliknya retak dan remuk.

Kereta Ferrari F30 itu yang merupakan sebuah daripada 50 buah yang terdapat di AS remuk selepas ia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mei 2009.

Semasa kejadian, kereta itu dipandu oleh seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Fred Kingston yang turut dinaiki Penolong Peguam Negeri AS, J, Hamilton Thompson.

Kereta itu kemudian terbabas semasa membelok selekoh menyebabkan ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya.

Ferrari tersebut terlibat dalam kemalangan semasa kereta itu dipindahkan dari sebuah garaj di Lexington, Kentucky.

Kepala Kingston dijahit kerana luka manakala Thompson tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.

Kereta itu disimpan dalam garaj FBI kerana ia dicuri dari pengedarnya di Rosemont pada 2003 sebelum ditemui semula pada 2008.

Ferrari itu kini menjadi milik syarikat Motor Insurance selepas ia menyelesaikan bayaran kepada pengedar kereta itu ekoran kehilangannya.

Namun, ia disimpan dalam sebuah garaj sehingga FBI selesai menjalankan siasatan berhubung kehilangan kereta itu.

Kes tuntutan ganti rugi itu akan didengar pada Jun depan di sebuah mahkamah selepas Jabatan Keadilan AS enggan membayar ganti rugi seperti dituntut syarikat Motor Insurance. - Agensi (Kosmo)

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik