4.10.2011

Video Seorang Pelajar Perempuan Menguap Sampai Tak boleh Tutup Mulutnya

Sunday, April 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pelajar perempuan ini, Holy Thompson namanya. Baru 17 tahun dan merupakan pelajar A-Level Kerajaan & Politik di Sekolah Perempuan Northampton. Kenapa mulutnya ternganga tu?

Sebenarnya, semasa Holy sedang mengikuti kelas A-Level nya itu, mungkin kerana boring dengan pelajaran hari itu, dia menguap. (Aktiviti biasa seorang pelajar dalam kelas kan). Akibat menguap terlalu luas kut, tertiba mulutnya tidak dapat ditutup kembali. Akibatnya, dia terpaksa dibawa ke hospital.


Doktor yang merawatnya meletakkan lapisan kepingan stik macam batang ais krim tu (lihat gambar) dan biarkan beberapa minit. Dan akhirnya, mulutnya dapat ditutup kembali.

Saksikan video bagaimana doktor merawat mulut ternganga akibat menguap


KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.

Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi (Kosmo)





sumber : Daily Mail

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik