4.28.2011

Video seks – tips mudah untuk di soal siasat oleh pihak berkuasa

Thursday, April 28, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Menjadi seorang blogger sememangnya satu perkara yang seronok untuk sesiapa pun, lebih-lebih lagi apabila blognya di lawati oleh pengunjung. Lebih ramai pengunjung yang datang ke blog kita… maka lebih tinggilah nisbah traffik yang diterima.

Sebagai seorang blogger, mereka berhak untuk terbitkan apa sahaja artikel yang mereka sendiri mahukan. Dari kisah peribadi, kisah lampau, kenangan manis, kenangan pahit, kisah artis, kisah dalam kain dan rumahtangga orang lain dan juga kisah yang berlaku di dunia. Malah sampai pada satu tahap, kisah luar dunia ini pun boleh dikongsikan.

Tetapi seorang blogger juga harus tahu etika blogging yang betul. Blogger walaupun merasakan dirinya bebas.. tapi apabila tiba pada satu tahap, mereka akan tertakluk di bawah undang-undang. Tidak kiralah negara mana kita duduk, kita harus patuh pada undang-undang.



Malangnya, sikap rakus blogger ini untuk mendapatkan perhatian pengunjung luar demi menaikkan traffik di blog sendiri telah membutakan mata mereka. Ramai yang seronok tetapi dalam waktu yang sama, mereka terlupa yang mereka mungkin telah melibatkan diri mereka sendiri dengan rang undang-undang.

Iya… telah banyak berlaku di mana blogger di soal siasay dan diambil tindakan di atas perilaku mereka sendiri.. di blog mereka sendiri. Tiada seorang pun yang mengusik mereka… mereka sendiri yang mencari nahas.

Terbaru, ramai yang tidak sedar kepentingan etika blogging di mana mereka dengan mudahnya meletakkan video seks (part 2) yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan seorang pelacur China. Memang benar video kali ini lebih 18sx tetapi hakikatnya, video ini semakin tersebar dengan hebatnya di internet hari ini. Kalian nak jadi sebahagian dari mereka yang menyebarkan video seks ini juga?

  • Tahukah kalian bahawa dengan meletakkan video seks itu di blog masing-masing akan memburukkan lagi keadaan?
  • Sedarkah kalian bahawa dengan menjadi “tukang sebar” video tersebut boleh membuatkan kalian di soal siasat oleh pihak berkuasa dalam jangka waktu terdekat?

Di soal siasat?
Mengapa pula?

Ehhh.. janganlah di tanya. Terkini berita di TV petang tadi melaporkan sesiapa yang menyebarkan video ini bakal di soal siasat. Kalau berani sangat, pergilah letakkan link dan video tersebut di blog masing-masing. Tapi jangan cakap aku tidak beritahu ya…

Kes masih dalam siasatan, dan sesiapa yang nak di siasat juga.. silakanlah berbuat demikian… heh :)

Ikhlas dari,
-rohaizad dot com-

+++++++++++++++++++++

p/s: Kalau kalian prihatin dengan rakan blogger yang lain, copy paste sahaja entri ini dan terbitkan di blog masing-masing. Aku benarkan sebab itu sahaja cara untuk aku “memberi” pada rakan blogger (saling ingat-mengingatkan). Kalau rasa terlalu malas, copy paste sahaja link entri ini dan postkan di wall Facebook masing-masing





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik