4.18.2011

Tips Elak Binatang Ternakan Dicuri

Monday, April 18, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Dalam dunia yang serba maju ni, jenayah mencuri di mana-mana. Hinggakan binatang ternakan pun ada orang curi. Apatah lagi jika binatang ternakan tu melibatkan lembu, kambing dan biri-biri. Semua binatang tersebut mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutamnya musim Hari Raya Korban.

Idea dari seorang petani dari Devon iaitu John Heard mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah kecurian binatang ternakan. John Heard telah mewarnakan semua biri-biri miliknya dengan warna oren untuk mengelak biri-birinya di curi.

Walaupun idea ini nampak pelik dan kelakar, tapi idea tersebut memang berjaya.

Lagi gambar biri-biri oren dan berita penuh,



DEVON - Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.

Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.

"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.

Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik