
Lelaki bertangan gunting dalam gambar di atas bernama Stephen Ball, 54 tahun. Gunting yang disarung pada tangannya itu hanya sekadar pameran atau untuk menghadiri parti masquerade. Itu betul punya gunting tu.
Sebenarnya, Stephen Ball merupakan seorang pendaki gunung yang ekstrem. Malang tidak berbau, pada tahun 1999, Stephen telah jatuh dari ketinggian 2,000 kaki ketika mendaki gunung tertinggi di Amerika iaitu Mount McKinley. Masa tu dia terperangkap kerana berlaku ribut salji.
Kerana lambat diselamatkan dalam cuaca yang sejuk, Stephen kehilangan tangan kiri, jari & ibu jari tangan kanan, sebahagian hidung dan kaki kanan akibat dari frost bite.
So, sebab itulah dia pakai sarung tangan gunting khas yang lengkap dengan kapak ais untuk membolehkan dia mendaki gunung semula.
Mak aiii.. dah kena macam tu pun tak serik serik lagi. Kagum aku..

sumber : Daily Mail
0 comments:
Post a Comment