4.07.2011

Perbezaan Telur Ayam Tiruan/Palsu & Telur Asli

Thursday, April 07, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Hari ini kecoh pasal telur ayam tiruan gara-gara laporan dari suratkhabar kosmo. Menurut laporan tersebut, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan telur ayam tiruan telah dijual di pasaran negara kita.

Telur ayam tiruan itu dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

hmm.. sebenarnya aku dah lama tahu pasal telur ayam tiruan ni sejak beberapa tahun yang lalu apabila ada yang menghantar emel forwarded. Dalam emel tu menyatakan telur ayam tiruan yang dijual di negara China dan turut memaparkan cara-cara membuat telur ayam tiruan tersebut. Tapi tak sangka pula, telur ayam tiruan ini turut berada di pasaran negara kita. hmm..

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Since, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dah dedahkan bahawa terdapat telur ayam tiruan di pasaran, so mari kita lihat perbezaan antara telur ayam tiruan dan asli.


Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara.

Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.




Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.

Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.

Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.


Telur ayam tiruan mempunyai satu selaput aneh yang memisahkan putih & kuning telur.

Dah tahu camne nak bezakan antara telur ayam tiruan dan asli, boleh lah ke dapur sekarang untuk sesi penyiasatan. hehe



sumber : kosmo & kaskus.us forum

4 comments:

Dinda Iva said...
Friday, 08 April, 2011

bro..kongsi leh...mohon nak share kat blog....

.::Lynn::. said...
Friday, 08 April, 2011

mintak copy paste jugak

Mr PenyuBiru said...
Friday, 08 April, 2011

Dinda Iva & Lynn - boleh aje..no prob. :D

Dinda Iva said...
Friday, 08 April, 2011

Done...tq sharing...hehehe

http://missivasaionji.blogspot.com/2011/04/haishtak-paham-aku-nitelur-pon-korang.html

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik