4.03.2011

Pemilik Cicak Tokek Perlu Pohon Lesen Sebelum 27 Jun

Sunday, April 03, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Cicak tokek menjadi satu fenomena sejak akhir-akhir ini. Cicak tokek dikatakan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun. Ada yang mendakwa harga seekor cicak tokek mampu mencecah ribuan ringgit malah jutaan ringgit pun ada (mungkin macam cicak tokek di atas kut).

Disebabkan harga cicak tokek yang melampau itu, tidak hairanlah ramai yang memburu dan membela cicak tokek.

Terbaru, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kini menghendaki orang ramai yang memiliki cicak tokek agar memohon lesen.

Berikut petikan dari Utusan Malaysia,

KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.

"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan Malaysia

Hmm.. harap-harap takde cicak tokek yang tersesat masuk dalam rumah aku ni. Kalu tak tak pasal-pasal aku kena mohon lesen plak. hehe..

kredit image : google


1 comments:

Nisa said...
Monday, 04 April, 2011

benci cicak!!!!!!!!!!!!!!

between, 26 jun birthday saye!

HAHAHA. :P

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik