4.10.2011

Lagi Kes Kaki Kanak-Kanak Tersepit Eskalator

Sunday, April 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


IPOH 9 April - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 3.30 petang ketika mangsa, Saiful Raziq Hamzah, 7, datang ke pusat beli-belah itu bersama keluarganya.

Kanak-kanak itu dikatakan berada di belakang ibu dan abangnya ketika turun menggunakan eskalator untuk ke tingkat bawah pusat beli-belah tersebut.

Ibu mangsa, Siti Rohaya Mahadi, 41, berkata, dia hanya menyedari keadaan anaknya itu apabila mendengar jeritan mangsa.

"Ketika kami berada di atas tangga itu, tiba-tiba anak saya menjerit kesakitan kerana kaki kirinya tersepit di bahagian dinding eskalator.

"Terkejut melihat keadaan itu, saya menjerit meminta pertolongan orang ramai dan pihak pengurusan pasar raya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Siti Rohaya berkata, dalam keadaan cemas, dia cuba menenangkan anaknya namun kesakitan yang dialami menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati.

"Saiful menjerit sambil menangis kerana sakit. Mujur ada pengunjung yang bertindak pantas menekan butang eskalator menyebabkan ia berhenti serta-merta," katanya.

Tambahnya, usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut gagal sehinggalah sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam tiba untuk membantu.

Kanak-kanak itu akhirnya berjaya diselamatkan kira-kira setengah jam kemudian dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan. (sumber : Mingguan Malaysia 10 April 2011)

p/s : Moga jadi peringatan untuk semua ibubapa termasuk aku juga.


1 comments:

Bro Framestone said...
Sunday, 10 April, 2011

teman lebih rela guna tangga

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik