4.23.2011

KTMB Perkenal Sistem 1RM - Tiket Komuter Berharga RM1 Mulai 1 Mei

Saturday, April 23, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Dalam berita Edisi 7 tengahari tadi, dipaparkan berita tentang KTMB memperkenalkan sistem tiket 1RM. Sistem tiket 1RM adalah tiket komuter dijual dengan harga RM1 untuk sehala untuk ke mana-mana destinasi. Bagaimanapun tiket RM1 tersebut hanya untuk golongan warga emas, OKU dan pelajar sekolah beruniform.

Carian aku di google tentang Sistem Tiket 1RM ini, hanya menjumpai laporan berita dari Bernama sahaja.

KTMB memperkenalkan sistem tiket 1RM (1 Rakyat Malaysia) bagi warga emas, Orang Kelainan Upaya dan pelajar sekolah yang berpakaian seragam.

Mengulas sistem tiket 1RM itu, Aminuddin berkata tiket yang berharga RM1 tersebut akan dijual mulai 1 Mei ini di 51 kaunter komuter KTMB dan kepada 100 pengguna pertama setiap hari.

"Tujuannya (pengenalan tiket 1RM) untuk menyahut seruan kerajaan melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tiket untuk satu hala ini akan dijual dari 6 pagi hingga 6 petang," katanya.

Dipetik dari Bernama (23 April 2011)



p/s : 100 orang pertama setiap hari??

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik