4.16.2011

Keputusan Rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak Mulai 8 Malam Ini

Saturday, April 16, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan paling awal bagi pilihan raya negeri Sarawak akan diperoleh pada pukul 8 malam ini manakala keputusan terakhir dijangka diumumkan sebelum pukul 11 malam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini berdasarkan keadaan semasa dan jika tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga.

Beliau berkata, SPR juga menjangkakan jumlah peratusan pengundi yang keluar akan meningkat berbanding pilihan negeri pada 2006 iaitu 63.2 peratus.

“Saya jangkakan di antara 65 hingga 75 peratus (keluar mengundi). Parti-parti bertanding begitu teruja kali ini. Tak pernah dalam sejarah pilihan raya negeri sampai 213 calon bertanding dan 41 daripadanya calon Bebas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mengenai dakwaan kehadiran pengundi hantu, Abdul Aziz berkata, masalah tersebut telah beberapa kali dibangkitkan tetapi sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan.

“Sebenarnya pengundi hantu yang mereka maksudkan adalah orang Sarawak yang berada di luar. Bila mereka balik, orang tak kenal dan mereka itu yang disangka pengundi hantu,” katanya.

sumber : Kosmo



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik